Rabu, 7 Oktober 2009 / Label:

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.


2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.


3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.


4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.


7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.


8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.


9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

::
Marilah sama-sama kita memuhasabah diri, dan berusaha untuk mengamalkan wasiat yang amat berharga nilainya ini, insyaAllah ::

ulasan (0) / Read More

Bookmark and Share

/ Label:

PETUA IMAM SYAFIE





PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK

SIHAT


4 perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

4 perkara merosakan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak

dimakan.

4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

ulasan (0) / Read More

Bookmark and Share

/ Label:

NASIHAT IMAM IBNU QAIYIM MENGENAI KESIHATAN

NASIHAT IMAM IBNU

QAIYIM MENGENAI KESIHATAN


PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).

MENGELAPKAN PANDANGAN

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, membaca qurÂ’an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh), membaca surah Al-WaaqiÂ’ah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

LUPA DAN LEMBAB

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Petikan dari buku Cara Rasulullah saw mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim)

ulasan (0) / Read More

Bookmark and Share

Rabu, 29 Julai 2009 /

ORIENTALISME DAN SEKULARISME


بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

ORIENTALISME DAN SEKULARISME

OLEH:

MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY

Mungkin kita boleh mulakan perbincangan tentang “Orientalisme” ini dengan mengambil kata-kata Edward Said dalam bukunya yang terkenal itu, iaitu “Orientalism” (1) di mana beliau membuat kenyataan:

Americans will not feel quite the same about the Orient, which for them is much more likely to be associated very differently with the Far East (China and Japan, mainly). Unlike the Americans, the French and the British - less so the Germans, Russians, Spanish, Portuguese, Italians and Swiss - have had a long tradition of what I shall be calling Orientalism, a way of coming to terms with the Orient that is based on the Orient’s special place in European Western experience. The Orient is not only adjacent to Europe; it is also the place of Europe’s greatest and richest and oldest colonies, the source of its civilizations and languages, its cultural contestant, and one of its deepest and most recurring images of the Other. In addition, the Orient has helped to define Europe (or the West) as its contrasting image, idea, personality, experience. Yet, none of this Orient is merely imaginative. The Orient is an integral part of the European material civilization and culture. Orientalism expresses and represents that part culturally and even ideologically as a mode of discourse with supporting institutions, vocabulary, scholarship, imagery, doctrines, even colonial bureaucracies and colonial styles … (2)

It will be clear to the reader (and will become clearer still throughout the many pages that follow) that by Orientalism I mean several things, all of them, in my opinion, interdependent. The most readily accepted designation for Orientalism is an academic one, and indeed the label still serves in a number of academic institutions. Anyone who teaches, writes bout, or researches the Orient --- and this applies whether the person is an anthropologist, sociologist, historian, or philologist --- either in its specific or its general aspects, is an Orientalist, and what he is or she does is Orientalism. Compared with Oriental Studies or area studies, it is true that the term Orientalism is less preferred by specialists to-day, both because it is too vague and general, and because it connotes the high-handed executive attitude of the nineteenth century and early twentieth-century European colonialism. (3)

Related to this academic tradition, whose fortunes, transmigrations, specializations, and transmissions are in part the subject of his study, is a more general meaning for Orientalism. Orientalism is a style of thought based upon an ontological and epistemological distinction made between “the Orient” and (most of the time) “the Occident”. Thus, a very large mass of writers, among whom are poets, novelists, philosophers, political theorists, economists, and imperial administrators, have accepted the basic distinction between East and West as the starting point for elaborate theories, epics, hovels, social descriptions, and political accounts concerning the Orient, its people, customs, “mind”, “destiny”, and so on. This Orientalism can accommodate Aeschylus, say, and Victor Hugo, Dante and Karl Marx …

The interchange between the academic and the more or less imaginative meanings of Orientalism is a constant one, and since the late eighteenth century there has been a considerable, quite disciplined - perhaps regulated - traffic between the two. Here I come to the third meaning of Orientalism, which is something more historically and materially defined than either of the other two. Taking the late eighteenth century as a very roughly defined starting point Orientalism can be discussed and analysed as the corporate institution for dealing with the Orient - dealing with it by making statements about it, authorizing views of it, describing it, by teaching it, settling it, ruling over it: in short, Orientalism as a Western style for dominating, restructuring, and having authority over the Orient. I have found it useful here to employ Michel Foucault’s notion of a discourse, as described by him in ‘The Archaeology of Knowledge’ and in ‘Discipline and Punish’ to identify Orientalism. My contentation is that without examining Orientalism as a discourse one cannot possibly understand the enormously systematic discipline by which European culture was able to manage - and even produce - the Orient politically, sociologically, militarily, ideologically, scientifically, and imaginatively during the post-Enlightenment period. Moreover, so authoritative a position did Orientalism have that I believe no one writing, thinking, or acting on the Orient could do so without taking account of the limitations on thought and action imposed by Orientalism. In brief, because of Orientalism the Orient was not (and is not) a free subject of thought or action. This is not to say that Orientalism unilaterally determines what can be said about the Orient, but that it is the whole network of interests inevitably brought to bear on (and therefore always involved in) any occasion when that peculiar entity ‘the Orient’ is in question. How this happens is what this book tries to demonstrate … (4).

Terjemahannya ialah:

Orang-orang Amerika akan merasa tidak begitu sama terhadap Timur, yang bagi mereka adalah lebih berkemungkinannya berhubung secara berlainan sekali dengan Timur Jauh (terutamanya China, dan Jepun). Berbeza sekali daripada Orang-orang Amerika, Orang-orang Perancis dan Inggeris - berkurangan lagi Orang-orang Jerman, Russia, Sepanyol, Portugis, Itali dan Swis, - mereka ada mempunyai tradisi yang lama tentang apa yang saya akan sebutkan sebagai Orientalisme, (yaitu) sesuatu cara berhubungan dengan Alam Timur berdasarkan kepada kedudukan Timur itu sendiri dengan kedudukannya yang istimewa dalam pengalaman Orang Barat. Dunia Timur bukan sahaja berjiran dekat dengan Eropah, ia juga berupa tempat bagi tanah-tanah jajajahan Eropah yang terbesar, terkaya dan tertua sekali, berupa sumber bagi peradaban-peradaban dan bahasa-bahasanya, sebagai pesaing budayanya, dan satu daripada wajah-wajah yang paling mendalam dan berulang-ulang untuknya berkenaan dengan Pihak Lain itu. Tambahan lagi, Dunia Timur membantu untuk memberi takrifan bagi Eropah (atau Barat) sebagai wajah yang bertentangan dengannya, sebagai idea, keperibadian, pengalaman. Tetapi tidak ada daripada Dunia timur segi ini adalah berupa khayalan semata. Dunia Timur adalah sebahagian yang tidak terpisah daripada peradaban dan kebudayaan kebendaan Eropah. Orientalisme mengungkapkan dan mewakili bahagian itu secara budaya bahkan secara ideologi sebagai cara-cara berwacana dengan institusi-institusi sokongannya, peristilahan, dan kesarjanaan, imageri, doktrin-oktrin, bahkan birokrasi-birokrasi penjajahan dan stailnya …

Akan menjadi jelas kepada para pembaca (dan ini akan menjadi lebih jelas lagi dalam keseluruhan halaman-halaman yang banyak yang berikutnya) bahawa yang saya maksudkan Orientalisme adalah beberapa perkara, yang pada saya semuanya saling kait-mengait antara satu sama lainnya. Makna yang paling diterima dengan senang Orientalisme ialah segi akademiknya, dan sesungguhnya panggilan itu masih digunakan dalam beberapa institusi akademik. Sesiapa yang mengajar, menulis, membuat penyelidikan, tentang Dunia Timur - dan ini termasuk juga maksudnya samada ada seseorang itu ahli anthropologi, sosiologi, sejarawan, atau ahli filologi, - samada dalam bentuknya yang spesifik atau yang am, ia adalah seorang Orientalis, dan apa yang dilakukannya adalah Orientalisme. Berbanding dengan Pengajian-pengajian Timur, atau pengajian-pengajian lapangan (“Oriental studies or area studies”) adalah benar bahawa Orientalisme kurang digemari oleh para spesialis hari ini, kedua-duanya kerana ia terlalu kabur dan am dan kerana ia memberi erti sikap memaksa pegawai eksekutif abad ke 19 dan awal abad ke-20 kolonialisme Eropah.

Berkait dengan tradisi akademik ini, yang nasibnya, perpindahan-perpindahannya, dan spesialisasi-spesialisasinya, dan transmisinya adalah pada bahagianya tertentu berupa perkara bagi kajian ini, adalah maksud yang lebih am lagi bagi istlah Orientalisme ini. Orientalisme adalah stail pemikiran berdasarkan kepada perbezaan ontologi dan epistemologi (yaitu perbezaan segi keadaan hakiki dan fahaman tentang ilmu) yang dibuat antara "Alam Timur” (pada kebanyakannya) dengan “Dunia Barat” (“Occident”). Dengan itu maka sangat banyaklah himpunan para penulis, antara mereka itu penyair, novelis, ahli falsafah, ahli-ahli teori politik, ekonomi, dan para pentadbir negeri jajahan, yang menerima pembezaan yang asasi antara Timur dengan Barat sebagai titik permulaan bagi teori-teori yang lanjut, epik-epik, novel-novel, gambaran-gambaran hidup sosial, dan huraian-huraian yang bersifat politik, berkenaan dengan Dunia Timur, tentang para penduduknya, adat kebiasaannya, “minda”, nasib terakhir, dan seterusnya. Orientalisme ini boleh memasukkan ke dalamnya katakanlah Aeschylus, dan Victor Hugo, Dante dan Karl Marx

Saling tukar menukar antara makna akademik dan yang lebih kurangnya bersifat imaginatif tentang makna Orientalisme ini berlaku dengan kerapnya, dan semenjak lewat abad ke-18 Masihi ada terdapat perhubungan yang agak berdisiplin, bahkan yang disusun dengan teratur, antara keduanya itu. Di sini saya datang kepada makna ketiga Orientalisme, yaitu sesuatu yang dari segi sejarahnya dan kebendaannya lebih ditakrifkan dengan baik, daripada yang dua takrif sebelum ini. Dengan mengambil lewat abad ke-18 Masihi sebagai titik permulaan secara kasarnya Orientalisme boleh dibincangkan dan dianalisis sebagai institusi korporat bagi berbicara berkenaan dengan Dunia Timur - berbicara dengannya dengan membuat kenyataan-kenyataan tentangnya, menjadi pengarang mengeluarkan pendapat-pendapat tentangnya, memberi gambaran tentangnya, membuat penyelesaian tentangnya, membuat keputusan peraturan tentangnya: ringkasnya, Orientalisme adalah stail Barat bagi mendominasi, merekonstruksi, dan memiliki otoritas ke atas Dunia Timur. Saya dapati di sini adalah berguna bagi kita menggunakan kosep Michel Foucault tentang wacana, sebagaimana yang digambarkan olehnya dalam buku “The Archaeology of Knowledge”, dan dalam bukunya “Discipline and Punish”, bagi mengenali takrifan Orientalisme. Hujah saya ialah tanpa meneliti Orientalisme sebagai wacana seseorang tidak mungkin memahami disiplin yang terlalu amat sistematis sekali itu yang dengannya budaya Eropah berjaya untuk menangani bahkan menghasilkan - Dunia Timur secara politik, sosiologi, militari, ideologi, saintifik, dan secara imaginatif, dalam masa pasca-Pencerahan (“post-Enlightenment”). Lebih lagi dari itu, menjadi sedemikian berotoritasnya kedudukan Orientalisme itu sehingga saya percaya bahawa tidak ada seorangpun yang menulis, berfikir, atau bertindak berhubung dengan Dunia Timur, boleh melakukan semua itu, tanpa mengambil kira tentang batasan-batasan atas pemikiran dan tindakan yang ditekankan oleh Orientalisme. Ringkasnya, oleh kerana Orientalismelah maka Dunia Timur telah tidak (dan masih tidak) berupa subjek bebas segi pemikiran dan tindakan. Ini bukanlah kita mengatakan bahawa Orientalisme menentukan secara unilateral apa yang boleh dinyatakan tentang Dunia Timur, tetapi maksudnya keseluruhan rangkaian kepentingan secara mestinya mendatangkan kesan (dan oleh itu selalu terlibat di dalamnya) dalam mana-mana keadaan bila entiti khas “Dunia Timur” itu menjadi persoalan. Bagaimana ini boleh berlaku, inilah yang cuba dibuktikan oleh buku ini

Tiga Orientalisme:

Pengajian yang disebut sebagai Oriental Studies atau Pengajian Ilmu-ilmu Timur merupakan pengajian yanmg terhimpun di dalamnya beberapa bidang kajian termasuk filologi, linguistik, ethnografi, dan penafsiran budaya melalui penemuan, penemuan kembali, himpunan, dan penterjemahan teks-teks Dunia Timur. (6). (Ke dalam bidang ini termasuklah pengajian Islam sebagaimana yang dikembang dan dilaksanakan oleh para Orientalis).

Dalam perbincangan Edward Said, yang ditumpukan ialah bagaimana para Orientalis Inggeris, Francis, dan Amerika membuat pendekatan mereka terhadap masyarakat-masyarakat Arab di Afrika Utara, dan Timur Tengah. Para sarjana yang mengulas pengajian tentang pengajian Hebrew, Parsi, Turki dan India tidak dibicarakan, dan demikian juga tidak disentuh sikap Orientalis Jerman, Russia, Itali, Sepanyol dan Portugis. Ruang lingkup yang beliau ambil adalah dengan mengambil kira sastera, buku catitan perjalanan, kajian-kajian keagamaan,dan falsafah, yang melahirkan perspektif yang luas segi sejarah dan perspektif anthropologinya. (7).

Dalam buku Edward Said yang penting di atas kita dapati tiga kenyataan besar yang dibuat yang pada penulis ini patut diberi pertimbangan yang serius. Kenyataan-kenyataan itu adalah seperti berikut:

Pertama, bahawa Orientalisme walaupun ia mengaku hendak bersikap objektif dan tidak berkepentingan, sebenarnya ia berkhidmat untuk matlamat-matlamat politik Barat. Dengan itu maka kesarjanaan barat berhubungan dengan Dunia Timur memberi jalan dan menjadi alat yang dengannya orang-orang Eropah boleh mengambil bumi negeri-negeri Timur, termasuklah, sudah tentu negeri-negeri Islam.

Pemerintahan kolonial disahkan terlebih dahulu oleh Orientalisme, bukan sangat selepas daripada berlakunya. Kata-kata Lord Curzon, Viceroy bagi India, bersetuju bahawa hasil kesarjanaan itu “our familiriaty, not merely with the languages of the people of the East but with their customs, their feelings, their traditions, their history, and religion (had provided) … the sole basis upon which we are likely to be able to maintain in the future the position we have won” (8) - “pengetahuan kita, bukan hanya tentang bahasa-bahasa Orang-orang Timur, bahkan adat kebiasaan mereka, perasaan mereka, tradisi-tradisi mereka, sejarah mereka, dan agama mereka .. (ini memberi) .. asas satu-satunya bagi kita yang dengannya kita mampu untuk meneruskan pada masa akan datang kedudukan yang kita mencapai kemenangan mendapatkannya”.

Dalam lewat abad ke-20 bidang pengajian ini membantu dalam mengekalkan kuasa Amerika di Timur Tengah dan mempertahankan apa yang disebut oleh Said sebagai “the Zionist invasion and the colonization of Palestine” - “serangan Zionist dan penjajahan Palestin”. Dan tentang senario kini, pusat-pusat akademik Amerika adalah lebih berminat untuk memberi nasihat secara langsung kepada pemerintah tentang polisi awamnya. Secara menyeluruhnya Edward Said mengakui bahawa usahanya menunjukkan “metamorphosis of a relatively innocuous philological speciality into a capacity for managing political movements, administering colonies, making nearly apocalyptic statements representing the White Man’s difficult civilizing mission” - “penjelmaan pengkhususan filologi yang secara relatif nampaknya tidak menarik itu menjadi berubah kepada kemampuan untuk mengurus gerakan-gerakan politik, memerintah negeri-negeri di bawah jajahan, membuat kenyataan-kenyataan yang menentukan nasib mewakili matlamat yang sangat sukar, memberi peradaban (kepada Orang Timur) oleh Orang Kulit Putih”.

Keduanya Said mengakui bahawa Orientalisme membantu dalam memberi takrifan kepada wajah diri Eropah itu sendiri. Katanya “… It has less to do with the Orient than it does with ‘our’ world” - “… ia kurang berhubung dengan Dunia Timur itu sendiri daripada ianya berhubung dengan dunia ‘kita’... ”. Pada Said, pembentukan jatidiri atau “identity” dalam setiap zaman dan masyarakat adalah dengan melibatkan pembentukan “pihak lain” (‘the other’), atau “mereka itu” atau “pihak lain itu”. Ini berlaku kerana “the development and maintenance of every culture require the existence of another different and competing alter ego” -“perkembangan dan penerusan setiap budaya menuntut kewujudan sesuatu alter ego (atau diri yang lain yang berlawanan dengannya) yang berlainan dan bersaingan dengannya”. Maka Orientalisme memandang kebudayaan Islam sebagai statis dari segi masa dan tempatnya, sebagai “abadi, seragam, dan tanpa mempunyai kemampuan untuk memberi takrifan dirinya” - “eternal, uniform, and incapable of defining itself”. Ini memberi kepada Eropah sesuatu kesedaran tentang superioritinya dari segi budaya dan intelektuil. Dengan itu Eropah memandang dirinya sebagai dinamis, inovatif, dan budaya yang berkembang maju, dan menjadi sebagai “penyaksi, hakim dan juri bagi setiap segi perbuatan Dunia Timur”. Ini menjadi sebahagian daripada kebanggaannya sebagai kuasa penakluk. Dalam tahun 1810 penulis Francis Chateaubriand mengajak Eropah mengajar Orang Timur makna kebebasan, yang beliau, dan setiap orang kemudian daripadanya mempercayai bahawa Orang-orang Timur tidak mengetahui apa-apa tentangnya. Dengan itu maka Said berpendapat bahawa kata-kata demikian memberi alasan kepada imperialisme Barat yang boleh ditafsirkan oleh mereka yang melakukannya bukannya sebagai penaklukan tetapi penyelamatan bagi dunia yang rosak.

Ketiganya, Said berhujah bahawa Orientalisme memberi gambaran yang palsu tentang Orang-orang Arab dan agama Islam itu sendiri. Ini boleh berlaku kerana “essentialist nature” dalam usaha yang dilakukan itu - yaitu kepercayaan bahawa adalah mungkin untuk ditakrifkan ciri-ciri asasi (“essential qualities”) Orang-orang Arab dan juga kebudayaan Islam, dan ciri-ciri ini dilihat rata-rata dalam bentuknya yang negatif. Maka Dunia Timur dipandang sebagai tempat yang terpencil daripada arus perdana kemajuan manusiawi dalam bidang sains, sastera, dan perdagangan. Dengan itu maka terserlahlah “sifat sesualitinya, kecenderungannya kepada pemerintahan secara raja berkuasa mutlak (“tendency to despotism”), mentalitinya yang mengembara tidak menentu (“aberrant mentality”), tabiatnya tidak tepat, keadaannya terkebelakang”. Tanggapan Barat tentang Orang Islam menderita tidak berkembang adalah tidak benar, dan ini kenyataan yang mengkebelakangkan kenyataan-kenyataan mutakhir seperti pengalaman penjajahan, imperialisme, dan politik

ulasan (0) / Read More

Bookmark and Share

Selasa, 23 Jun 2009 /

Waktu yang Dilarang Bersembahyang


Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:


1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.
2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)
3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.
Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :
"Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.
4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.
5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.
Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar RasulullahSahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hukum Menunaikan Sembahyang Pada Waktu-Waktu Tersebut

Menurut pendapat yang mu‘tamad dalam mazhab Syafi‘ie bahawa hukum melakukan sembahyang pada waktu-waktu yang tersebut itu adalah makruh tahrim. (Mughni al-Muhtaj :1/128, Fathul ‘Allam: 3/114,Fiqh al-Islami wa Adillatuh:1/520 )

Makruh tahrim sebagai mana yang dijelaskan oleh pengarang Hasyiyah I‘anah Thalibin dan pengarang Fathul ‘Allam ialah hukum yang sabit dengan dalil yang zhanni dan boleh dibuat takwilan (andaian), berbeza dengan haram yang mana ia sabit dengan dalil qath‘ie yang tidak boleh dibuat takwilan sama ada dalil itu daripada kitab atau sunnah atauijma‘ ataupun qiyas. (I‘anah Tahalibin:1/197, Fathul ‘Allam: 3/114)

Ada juga pendapat ulama yang mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh tanzih. Walau bagaimanapun sembahyang itu tetap tidak shahsebagaimana kata Al-Khatib Asy-Syarbini yang maknanya :

“Dan tidak shah sembahyang itu jika kita berpendapat bahawasanya hukumnya adalah makruh tahrim, dan begitu juga pada pendapat yang mengatakan bahawa hukumnya adalah karahah tanzih menurut pendapat yang ashah”
(Mughni al-Muhtaj:1/129)

Menyenghajakan Mengakhirkan Sembahyang Untuk Dilakukan Pada Waktu-Waktu Makruh
Berkata pengarang Fathul Mu‘in yang maknanya :

“Maka jika seseorang itu bermaksud (menyenghajakan untuk mengakhirkan) sembahyang yang bukan empunya waktu di dalam waktu makruh (mengerjakan sembahyang) kerana waktu itu adalah waktu makruh (sebagaimana yang telah diketahuinya) maka hukumnya adalah haram secara mutlak dan sembahyang itu tidak shah walaupun (mengqadha) sembahyang yang telah luput waktunya sekalipun wajib di qadha dengan segera kerana dia telah menentang hukum syara’”
(I‘anah at-Thalibin:1/199-200)

Berlainan halnya jika tujuan mengakhirkannya pada waktu makruh itu oleh sebab yang tertentu iaitu bukan dengan niat melakukannya pada waktu itu kerana waktu itu adalah waktu makruh seperti mengerjakan sembahyang Janazah selepas sembahyang Asar kerana bertujuan supaya ramai jamaah bersembahyang, maka itu adalah diharuskan.(Lihat Hasyiah I‘anah Thalibin:1/200)
Tidak termasuk di dalam larangan itu bagi sembahyang yang empunya waktu seperti mengakhirkan sembahyang Asar sehingga matahari kekuning-kuningan.

Apakah Dia Sembahyang-Sembahyang Yang Dilarang Melakukannya itu?

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunatTasbih dan juga sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian. Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyangIstikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misal sembahyang-sembahyang berkenaan ialah seperti sembahyang qadhasama ada fardhu atau sunat, sembahyang Janazah, sembahyangIstisqa’, sembahyang gerhana, sembahyang sunat yang dinazarkan, sembahyang Hari Raya, sembahyang Dhoha, sembahyang sunatThawaf, sembahyang sunat Wudhu, sembahyang sunat Tahiyatul Masjid, sujud Tilawah dan sujud Syukr dan lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Sembahyang-sembahyang ini harus untuk dilakukan pada lima-lima waktu dilarang melakukan sembahyang itu berdasarkan hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Ijma‘ para ulama.

Menurut sebuah riwayat mengenai dengan peristiwa taubat Ka‘ab bin Malik bahawa dia telah melakukan sujud syukur selepas sembahyang fardhu Subuh sebelum lagi terbit matahari.
Menurut sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam brsabda kepada Bilal yang maksudnya :

Maksudnya: “Wahai Bilal! Cuba kau ceritakan kepadaku apakah perkerjaan yang paling kau harapkan daripada perkerjaan-perkerjaan yang telah kamu lakukan dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi kasut engkau di hadapanku di syurga?” Bilal berkata: “Aku tidak melakukan suatu perkerjaan yang paling aku harapkan selain aku tidak pernah bersuci sama ada malam atau siang kecuali untuk bersembahyang dengannya, sembahyang yang ditentukan oleh Allah untukku(sembahyang sunat)”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa sujud syukur harus dilakukan pada waktu yang terlarang. Begitu juga dengan sembahyang sunat wudhu setelah bersuci dengan mengambil wudhu sebagaimana yang diamalkan oleh Bilal Radhiallahu ‘anhu tidak mengira siang atau malam. Ini kerana sebab sembahyang sunat wudhu dan sujud syukur itu adalah sebab yang terdahulu bukan terkemudian. Begitulah juga halnya dengan sembahyang-sembahyang lain yang mempunyai sebab yang terdahulu.

Hikmah Pengharaman Sembahyang Pada Waktu-Waktu Berkenaan

Larangan mengerjakan sembahyang pada waktu-waktu berkenaan mempunyai hikmat yang tersendiri.

Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah nerakaJahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang mengerjakan sembahyang”
(Hadis riwayat An-Nasaie)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :
“Maka sesungguhnya neraka Jahannam di nyalakan pada waktu tengah hari( iaitu ketika matahari berada ditengah-tengah)”
(Hadis riwayat An-Nasaie)

Adapun hikmah melarang sembahyang sunat selepas sembahyang Subuh dan Asar bukanlah disebabkan sesuatu yang wujud dalam waktu itu, sebab dari segi hukum waktu itu dihabiskan dengan kewajipan waktu, yang lebih baik daripada sunat yang sebenarnya.

Lain-Lain Waktu Yang Ditegah Melakukan Sembahyang

Selain daripada waktu-waktu tegahan bersembahyang sebagaimana yang diperjelaskan di atas ada juga beberapa waktu dan keadaan yang juga dilarang sama ada hukumnya makruh atau haram sebagaimana yang akan dihuraikan dibawah ini.

1.Ketika hendak didirikan sembahyang fardhu.
Makruh memulakan sembahyang sunat selepas muadzdzin memulakaniqamah sembahyang, sama ada sembahyang itu sembahyang sunat rawatib, seperti sembahyang sunat Subuh, Zuhur dan lain-lain. Sama ada dia meyakini yang dia akan sempat mendapat satu rakaat bersama-sama imam atau tidak. (Lihat Al-Majmu:4/62)

Dalil pendapat ini hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

“Apabila sembahyang didirikan, maka tidak boleh dilakukan sembahyang kecuali sembahyang fardhu.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Adapun hikmah larangan bersembahyang sunat selepas iqamah dilaungkan ialah supaya seseorang itu sempat bersembahyang fardhu bersama-sama dengan imam dari awalnya, iaitu dia boleh memulakan sembahyang beriringan dengan imam. Jika dia sibuk dengan sembahyang sunat, dia akan luput takbiratul ihram bersama-sama imam. Begitu juga dia akan luput beberapa amalan sembahyang yang menyempurnakan fardhu. Fardhu adalah lebih utama dijaga supaya sempurna. Hikmah lain pula ialah adanya larangan daripada menyalahi imam. (Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh: 1 / 532)

2.Ketika Khatib Berada Di Atas Mimbar
Sebaik saja imam duduk di atas mimbar, maka ditegah dan dilarang daripada melakukan sembahyang. Tegahan ini adalah khusus kepada mereka yang telah sedia ada hadir di masjid sedang imam telahpun duduk di atas mimbar.
Berkata imam An-Nawawi yang maknanya :

“Berkata Ash-hab Syafi‘ieyah: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah ditegah untuk memulakan sembahyang sunat, mereka menaqal bahawa telah ijma‘ ulama dalam perkara ini. Dan berkata Pengarang al-Hawi: Apabila imam duduk di atas mimbar adalah haram ke atas orang yang berada di dalam masjid untuk memulakan sembahyang sunat, jika waktu itu dia sedang di dalam sembahyang hendaklah dia duduk (berhenti)”(Al-Majmu‘: 4/472).

Haram mendirikan sembahyang sama ada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sunat sekalipun qadha sembahyang itu wajib disegerakan. Umapamanya orang yang meninggalkan sembahyang Subuh tanpa sebarang uzur, maka haram dia melakukan qadha Subuh itu sejak dari waktu duduknya imam itu sekalipun sebelum dia membacakan khutbah. Atau sekalipun dia yakin yang dia boleh selesai dan sempat mengikuti permulaan khutbah, sebagaimana yang telah dii‘timadkan oleh al-Ramli dalam Fatawanya. (Fathul ‘Allam 3/111).

Jika dilakukannya sembahyang pada ketika itu, maka tidaklah sah sembahyangnya walaupun pada ketika imam itu membacakan doa untuk sultan ataupun ketika mengucapkan taraddhi (mengucapakanRadhiallahu ‘anh apabila disebut nama-nama para sahabat) kerana semua itu dikira ada hubungannya dengan khutbah Jumu‘ah. (Fathul ‘Allam:3/111)

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya yang maknanya : “Tidak shah (sembahyang fardhu seperti sembahyang qadha yang baru dia teringat ketika itu sekalipun wajib disegerakannya atau sembahyang sunat) dan juga tidak shah thawaf dan sujud tilawah atau syukur menurut yang zhahir pada keduanya (thawaf dan sujud tilawah atau sujud syukur) sebab mengambil illah para ulama mengapa diharamkan sembahyang (selepas imam duduk di atas mimbar) kerana perbuatan itu adalah menghindar atau berpaling daripada (mendengar) khutbah secara keseluruhan”
(Hawasyi Syarwani wa Ibn Qasim ‘ala at-Tuhfah:2/457)

Sepertimana diharamkan mendirikan sembahyang pada waktu tersebut, adalah juga diharamkan memanjangkan sembahyangnya. Maka, sesiapa yang pada ketika itu (ketika imam duduk di atas mimbar) dia sedang sembahyang, maka wajib dia mentakhfif (meringankan atau menyingkatkan) sembahyangnya itu.(Fathul ‘Allam:3/112)

Maksud mentakhfifkan sembahyang itu ialah memadai melakukan perkara-perkara yang rukun dan wajib dalam sembahyang sahaja. Ada juga pendapat lain yang mendifinisikan bahawa maksud takhfif itu ialah meninggalkan tathwil (memanjangkan) menurut ‘urf (kebiasaan) dan ini adalah pendapat yang awjah sepertimana dalam syarah ar Ramli. Menurut pandapat ini adalah makruh menambah daripada apa yang wajib sebagaimana yang dikatakan oleh al-Kurdi sebagai menjaga pendapat yang pertama itu. (Fathul ‘Allam:3/113)

As-Saiyid Abu Bakr menyebutkan sebagaimana yang dinaqalnya daripada perkataan Ibn Qasim bahawa sayugianya jika dia memulakan sembahyang fardhu sebelum imam (khatib) duduk di atas mimbar, dan khatib itu duduk sedang dia masih di dalam sembahyangnya, jika sembahyangnya itu tinggal dua rakaat maka harus dia melakukannya (menyempurnakannya) dan wajib dia mentakhfif. Jika banyak (lebih daripada dua rakaat), maka ditegah melakukannya dan wajib dia memberhentikannya atau menukarkannya menjadi sembahyang sunat dan memadailah melakukannya dua rakaat di samping wajib mentakfifkannya. (Fathul ‘Allam:3/113)

Adapun orang yang baru memasuki masjid sedang imam telah duduk atau berada di atas mimbar membaca khutbah, maka harus yakni sunat bersembahyang selagi tidak ditakuti akan luput bertakbiratul ihrambersama-sama imam sebelum dia duduk. Begitu juga orang telah duduk kerana lupa atau jahil tetapi belum panjang jarak masanya disunatkan bersembahyang sunat dua rakaat dengan niat tahyiyatul masjid.(Hawasyi Syarwani wa Ibn Qasim ‘ala at-Tuhfah:2/457)

Pada pendapat mazhab Hanafi dan mazhab Maliki pula, makruh hukumnya melakukan sembahyang tahiyatul masjid pada ketika itu sebagaimana yang dijelaskan oleh pengarang Rahmatul Ummah.(Fathul ‘Allam:3/113).

Sembahyang Zohor Sebelum Imam Selesai Menunaikan Sembahyang Jumu‘ah

Antara waktu yang boleh dikira sebagai waktu yang terlarang menunaikan sembahyang ialah pada waktu imam belum selesai mendirikan sembahyang Jumaat. Akan tetapi hukum ini khusus bagi sembahyang fardhu Zohor dan bagi orang yang meninggalkan sembahyang Jumu‘ah dengan sengaja tanpa uzur syara‘.

Imam an-Nawawi menjelaskan pendapat Ash-hab Syafi‘ieyah (Ulama-ulama mazhab Syaf‘ie) bahawa bagi sesiapa yang diwajibkan ke atasnya menunaikan sembahyang fardhu Jumu‘ah, maka tidak harus menunaikan sembahyang Zohor sebelum lagi dia terluput sembahyangJumu‘ah itu tanpa ada sebarang khilaf mengenainya kerana yang dituntut ke atasnya ialah fardhu Jumu‘ah. Jika dia menunaikan sembahyang Zohor sebelum lagi luput dan imam belum lagi selesai menunaikan sembahyang Jumu‘ah itu, maka menurut qaul jadidsembahyang Zohornya itu adalah tidak shah. Para Ash-hab juga sepakat bahawa pendapat yang shahih ialah batal sembahyang Zohornya itu. (Lihat Al-Majmu‘:4/416)

Bahkan, menta’khir sembahyang Zohor sehingga selesai solat Jumu‘ah itu adalah disunatkan ke atas orang yang mempunyai keuzuran seperti orang sakit yang berkemungkinan akan hilang uzurnya itu sebelum lagi imam selesai mendirikan solat Jumu‘ah, misalnya dia sembuh atau pulih sehingga benar-benar putus harapannya bahwa dia tidak akan sempat hadir untuk mengikuti sembahyang Jumu‘ah. Kadar waktu itu menurut pendapat yang ashah ialah ketika imam mengangkat belakangnya untuk bangun daripada rukuknya pada rakaat yang kedua. (Lihat mughni al-Muhtaj: 1/279)

Pengecualian Larangan Bersembahyang Pada Waktu-Waktu Larangan Itu
Dalam mazhab Syafi‘ larangan bersembahyang pada waktu-waktu tersebut dikecualikan dalam keadaan-keadaan berikut:

1.Hari Jumaat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa mengerjakan sembahyang ketika matahari tegak (rembang) adalah makruh tahrim. Bagaimanapun ia dikecualikan pada hari Jumaat. Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis daripada Qatadah daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya yang maksudnya:

"Bahawasanya Baginda membenci sembahyang pada tengahari (rembang) kecuali pada hari Jumaat, dan Baginda bersabda: "Sesunguhnya neraka Jahannam dimarakkan (pada saat itu) melainkan pada hari Jumaat".
(Hadis riwayat Abu Daud)

Pengkhususan itu pula adalah umum untuk orang yang hadir ke masjid atau tidak. Berkata Al-Khatib Asy-Syarbini:

Ertinya: "Dan pada pendapat yang ashah adalah harus bersembahyang pada waktu ini (waktu matahari tegak) sama ada dia hadir sembahyang Jumu‘ah ataupun tidak".(Mughni al-Muhtaj:1/128)

2. Tanah Haram Mekah
Mengerjakan apa saja jenis sembahyang di tanah suci Mekah adalah diharuskan tanpa mengira sebarang waktu sekalipun pada waktu yang terlarang. Pendapat ini adalah yang shahih di dalam mazhab Syafi‘ie dan disokong dengan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam,sabda Baginda yang maksudnya :

"Wahai Bani Abdi Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (Baitullah) dan bersembahyang pada bila-bila waktu yang dia sukai, malam atau siang"
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Lagipun bersembahyang di tanah haram Mekah ada tambahan kelebihan atau fadhilat, maka harus mengerjakan sembahyang di sana dalam apa-apa jua keadaan. (Mughni al-Muhtaj: 1/130)


SUMBER:

JABATAN MUFTI BRUNEI
http://www.brunet.bn/gov/mufti/

ulasan (0) / Read More

Bookmark and Share

Isnin, 22 Jun 2009 /

JADUAL TALAQQI DI MESIR

SABTU

Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Shah – Fathul Qaribul Mujib
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Mohd Syed – Syarah Isnawi (8.00-9.30pagi)
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Mohd Syed – Iqazul Mubham (9.30-10pagi)
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Yusri – Sahih Bukhari (10.30pagi)

Zuhur
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Ahmad – Baijuri1 / Taj / Muhadirat Usul Fiqh
Mudhayafah – Dr Athiyah – Iqna’ (1petang)

Asar
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Ahmad – Ashbah Nazair / Hikam
Mudhayafah – Syeikh Fathi Hijazi – Qatrunnada / Balaghah Wadhihah

Maghrib
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Syaltut – Ghayah Ma’mul
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Ihya’ Ulumuddin

Isyak
Rumah Pahang - Syeikh Umar Habib Zain - Riyadh Solihin / Manhaj Sawi / Azkar / Minhaj Qawim

AHAD

Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Hairul Nizam – Syarah Waraqat
Mudhayafah – Syeikh Saad Gawish – Nuzhatunnazar (10pagi)

Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ibrahim – Nahu
Masjid Al-Azhar (Fatimiah) – Prof Mahyuddin Sofi – Jauharah Tauhid
Mudhayafah – Dr Abd Salam – Usul Fiqh Asfahani Alal Minhaj

Asar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Ihya’ Ulumuddin
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Jamal Faruq – Kharidah Bahiyah
Mudhayafah – Dr Taha Rayan – Hasyiah Sowi Alal Jalalain

Maghrib
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Baijuri1

Isyak
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Iqna’ (Muamalat)

ISNIN

Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Nazrul – Mukhtasar Fawaid Makkiah
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Imad – Baijuri2 (9.30pagi)

Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Fathi – Syarah Ibn Aqeel

Asar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Mustafa – Mantiq (1jam sebelum maghrib)

Maghrib
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Syaltut – Minhaj Talibin

SELASA

Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Syed Kadir – Bidayah Hidayah
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Imad – Baijuri2 (9.30pagi)

Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ibrahim – Nahu
Mudhayafah – Dr Mustafa – Muqaddimah Ibn Solah (2ptg)

Asar
Masjid Al-Azhar (Fatimiah) – Syeikh Ahmad Amir - Tajwid

Maghrib
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Syaltut – Minhaj Talibin

RABU

Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Juzaili – Awail Sunbuliah

Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ali Salih - Tafsir

Asar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Syamail Muhammadiah
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Jamal Faruq – Kharidah Bahiyah
Mudhayafah – Dr Mustafa Nadwi – Sahih Bukhari

Maghrib
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Majmuk Syarah Muhazzab

Isyak
Rumah Pahang - Syeikh Umar Habib Zain - Jauharah Tauhid / Rahiq Makhtum / Tuhfah Saniah / Bidayah Hidayah

KHAMIS

Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Syed Kadir – Kifayatul Akhyar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Prof Hasan Assyafie – Aqaid Islamiah (9.30pagi)

Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ibrahim – Nahu

Asar
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Hamdullah – Tajwid
Mudhayafah – Syeikh Mohd Ibrahim Kattani – Tafsir (khamis pertama setiap bulan)

Maghrib
Mudhayafah – Dr Mustafa Amran – Kitabul Amir Alal Jauharah

JUMAAT

Selepas Solat Jumaat
Masjid Sultan Hasan – Syeikh Usamah – Matan Arbaien
Masjid Sultan Hasan – Syeikh Ahmad – Iqna’

Maghrib
Mudhayafah – Syeikh Mohd Hasan – Tuhfatul Atfal

Isyak
Mudhayafah – Dr Abd Sobur – Bughyah Idhah Talkhis Miftah Qazwaini



SUMBER:
http://firdausmanaf.blogspot.com/

ulasan (0) / Read More

Bookmark and Share